ZAMAN GOTHIC

ZAMAN SENIBINA GOTHIC



Senibina pada zaman ini lebih berunsurkan kegelapan. Lihat sahaja senibina yang terdapat pada kedua-dua bangunan ini, anda dapat melihat bangunan seperti ini di dalam filem barat sebagai contoh Batman dan Vampire.





Perkataan ini tiada kaitan dengan “goth” iaitu bangsa Jerman yang pernah menyerang Empayar Rom.Perkataan ini digunakan untuk menghuraikan suatu budaya yang dipertimbangkan sebagai biadap dan barbaric.

SEJARAH SENIBINA GOTHIC

Bermula pada awal abab ke-12 menggantikan senibina Romanesque
Rahid dan golongan gereja memainkan peranan penting dalam menjaga masyarakat Gotik
Senibina Gotik merupakan kesinambungan daripada seni bina Romanesque
Jika zaman Romanesque lebih tertumpu kepada kepada senibina gereja dan biara, maka senibina Gotik meneruskan perkembangan dan kemajuan senibina ini.
Zaman Romanesque merupakan zaman terakhir gereja menjadi penaung kegiatan seni.
Gaya baru yang digelar senibina Gotik tertumpu kepada perkembangan senibina.
Zaman Gotik menggunakan seni sebagai penyampaian dakwah dan merupakan zaman tertinggi pihak gereja bergiat dalam seni.
Sampai satu masa seni bina Gotik ini diambil alih oleh golongan pedagang, peniaga, saudagar, dan bangsawan
Kehidupan zaman Gotik ini tidak lagi tertumpu kepada keagamaan, Rahib dan ini menyebabkab golongan gereja mula tercabar dengn kewujudan golongan bangsawan sekular.
Bangsawan sekular ini,kebanyakannya saudagar mula mengalihkan tumpuan masyarakat kepada aktiviti perniagaan.
Aktiviti perniagaan lebih penting dan minat terhadap keagamaan beransur pudar.
Walaubagaimanapun, kepudaran terhadap agama tidak sampai kemucak dalam zaman ini.


SENIBINA
Senibina Gotik wujud daripada pelbagai binaan yang dicuba pada zaman Romanesque.
Dalam pelbagaian binaan pada zaman Romanesque itu telah wujud satu gaya yang unik yang menjadi ciri dan elemen senibina Gotik.
Bentuk atau gaya senibina Gotik bermula dengan pembinaan gereja St. Dennis antara tahun 1140 hingga 1144 Masihi
Bagunan ini memperlihatkan ciri-ciri besar, mewah, dan megah serta bercirikan religius
Gereja ini menjadi rujukan untuk pembinaan lain-lain gereja di Eropah
Dengan ini wujudlah persamaan antara lain-lain gereja yang didirikan selepas itu.
Terdapat dua jenis bangunan yg dibina dlm zaman gotik iaitu :
a. gereja dan biara @ bangunan berkonsepkan agama
b. Bangunan sekular


Bangunan gereja penting pada zaman Gotik berbanding dengan binaan-binaan lain.
Pembinaan gereja ini dibiayai oleh perdagang dan saudagar, manakala ilham dan idea dinukir oleh pihak gereja
Gereja dan biara dibina besar , megah dan tinggi serta mengkagumkan
Bangunan sekular termasuklah Dewam Bandaran, Pusat Pentadbiran, Istana, Kota Berkubu dan sebagainya
Fungsi bangunan sekular ini ialah sebagai tempat musyuarat, persidangan, perbicaraan, perniagaan dan sebagainya
CIRI-CIRI SENIBINA GOTHIC

Gaya yang memperbesar secara menegak dan bercirikan rangka struktur batu dengan penggunaan kaca yang luas,gerbang yang menajam ke atas,rangkaian tiang-tiang,flying buttresses,rib vaults,arch yang menirus dan detail sculpture.Ini adalah kesan daripada fokus pada stained glass yang besar yang membenarkan cahaya menembusi ke dalam seperti gaya lama.Bagi tujuan itu,flying buttresses digunakan untuk menaikkan siling lebih tinggi dan tiang yang menegak


Terdapat beberapa ciri yang dikategorikan sebagai sesebuah bangunan itu bergaya gothic :
Pertamanya , kebanyakkan bangunan zaman ini dibuat dengan menekankan kepada ketinggian kerana untuk melambangkan betapa besarnya kuasa Tuhan .
Tiang-tiang @ kolum gereja dibina tinggi dan tajam mencapai awan bagi menunjukan ke arah itulah tujuan kehidupan manusia ,iaitu Tuhan dilangit.
Pembinaan lengkungan yang bermula dalam zaman Romanesque lalu sampai kemuncaknya dalam zaman ini dengan pembinaan ciri lengkungan berusuk.


No comments:

Post a Comment